Wednesday 2 May 2012



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ ارَّحِي

|| Semoga bermanfaat buat semua^^||


Gambar hiasan
Sebentar tadi saya menerima email dari seorang pengunjung Saifulislam.Com.
Katanya:
Ustaz, saya menerima email di bawah dr kawan2 yg mengatakan Zulaikha bukan orang baik n dia adalah adulter, seorang isteri Al-Aziz yg curang kepada suaminya. Saya secara jujur berasa tidak senang dgn tuduhan ini sekalipun memang, seperti yg dinukilkan AQ beliau pernah berniat utk curang terhadap suaminya. Saya bukan nak membela dia, tapi saya merasa gundah kerana setiap org perempuan pada zaman ini rasanya tak berhak mengutuk dia kerana semua dr perempuan hari in tak merasa pesona hensemnya Yusuf yg sampai boleh menggelincirkan iman Zulaikha even pada niat sahaja. Tapi diterima kemudiannya menjadi isteri seorang Nabi cukup utk mengatakan die pasti lebih baik dr kebanyakan mukminah hari ini setelah dia bertaubat. Wallahua’lam. Ustaz, tolong clarifykan…
owhhh… gitu rupa2nya..
so, historically zulaikha is not really a good name laa kan. it’s a name of an adulterer.
Email yang diterima oleh beliau, adalah artikel yang disiarkan di inspigoblog.wordpress.com.
Berikut adalah jawapan saya kepada email tersebut:
Assalamualaikum WBT.
Segala masalah bermula, apabila kita tidak merujuk kepada sumber yang betul dalam memahami kisah Yusuf alayhi al-Salam. Sepatutnya kita kena disiplinkan diri dengan merujuk hanya kepada sumber-sumber yang sahih. Dan untuk kisah Yusuf, tidak lain dan tidak bukan adalah surah Yusuf sendiri dan sejumlah kecil hadith Nabi SAW yang sahih, berkaitan dengannya.
Perempuan yang kita namakan dirinya sebagai Zulaikha itu, hanya disebut oleh al-Quran sebagaiimra’ah al-aziz (isteri kepada al-aziz i.e isteri kepada menteri utama). Nama Zulaikha itu tidak disebut oleh al-Quran mahu pun hadith-hadith yang sahih. Dari mana datang nama Zulaikha itu? Ia mungkin datang dari sumber Israiliyyat, biblical literature yang tidak perlu menjadi rujukan dan ambilan kita.
Itu soal nama.
Soal peribadinya, apa yang disebut di dalam Surah Yusuf ayat 20′an tentang watak perempuan itu memang benar. Dia adalah wanita bangsawan yang sangat buruk akhlaknya, bahkan bukan dirinya sendirian, malah wanita-wanita bangsawan yang lain juga berkongsi kejahatan yang sama. Allah bukan hanya menonjolkan kejelekan watak imra’ah al-’aziz semata-mata, malah keburukan budaya golongan bangsawan itu sendiri.
Tetapi kita kena ingat, apabila al-Quran menceritakan tentang keburukan perempuan ini, cerita itu ada tujuan dan maksud.